Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Sunday 27 October 2013

FAIZAL ISMAIL SAH TINGGALKAN HOT FM, FOKUS PADA PERNIAGAAN

Teka teki pengunduran Faizal Ismail daripada stesen radio Hot FM akhirnya terjawab apabila sebentar tadi PRO stesen radio tersebut telah menghantar kenyataan berhubung perkara ini kepada Media Hiburan Online.

Berikut adalah kenyataan penuh yang diberikan;
“Pihak pengurusan Rangkaian Radio Media Prima Berhad hari ini mengumumkan bahawa Mohd Faizal Bin Ismail akan menamatkan kontraknya bersama stesen radio itu pada 16 November 2013.
Beliau yang lebih dikenali sebagai FBI, berhasrat untuk memberikan sepenuh fokusnya terhadap perniagaan beliau yang baru sahaja bermula. Walaubagaimanapun, FBI akan meneruskan perkhidmatan beliau bersama Hot FM sehingga pertengahan November 2013.
Faizal Ismail FBI
FBI, sepanjang berkhidmat di bawah stesen radio Hot FM merupakan seorang yang sangat komited dengan tugas sebagai seorang penyampai radio. Beliau yang juga penerima anugerah penyampai radio lelaki popular selama 6 tahun berturut-turut sentiasa bersedia dengan idea-idea luar kotak setiap kali diperlukan. Begitupun, Hot FM akan terus berkolaborasi bersama FBI untuk projek akan datang memandangkan FBI masih relevan dengan pasaran stesen radio tersebut.
FBI juga bakal menyumbangkan khidmatnya sebagai penyampai radio sambilan di Hot FM selesai tamat kontraknya nanti. Hot FM ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada FBI sepanjang penglibatan beliau bersama Hot FM malah pihak pengurusan radio tersebut juga akan terus menyokong karier dan masa hadapan beliau pada masa akan datang.”
Pihak Hot FM juga memaklumkan akan mengdakan sidang media berhubung perkara ini pada minggu hadapan.
Sumber: Media Hiburan

No comments:

Post a Comment