Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday 24 October 2013

Gambar: Bunga Kobis Berwana-Warni



Petani di Peterborough mencipta sejenis bunga kobis berwarna -warni agar orang suka memakan sayur-sayuran. Bunga kobis ” Pelangi ” ini dibangunkan selama bertahun -tahun oleh Andrew Burgess di pekarangan rumahnya. Ia mendapatkan bunga kobis menarik yang selamat dimakan ini dengan menyilangkan benih kuno.


Tidak hanya menarik perhatian, bunga ini juga dikatakan jauh lebih sihat daripada yang biasa. bunga kobis berwarna ungu , dinamakan Grafitti , mempunyai anti oksidan lebih tinggi. Dan yang berwarna oren mempunyai kandungan karotena untuk kesihatan kulit dan yang hijau mirip dengan brokoli kaya vitamin C dan serat.

Tetapi Bunga kobis ini masih belum berada di pasaran kerana masih dikembangkan lagi . Namun Andrew sudah merancang memasarkannya semenarik mungkin untuk di masa hadapan , mungkin dengan tangkai berwarna -warni juga. “Tahun hadapan diharap bunga kobis yang oren boleh dijual di pasar raya,” katanya.

“Ada banyak kandungan manfaat selain membuat makanan juga jadi tampak lebih menarik. Idea memang untuk mengubah pandangan orang terhadap sayur-sayuran, ” lanjut lelaki usia 48 tahun ini. “Tujuan utamaku menghasilkan sayuran yang membuat orang ingin terus memakannya.”


No comments:

Post a Comment