Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Sunday 27 October 2013

Kasut Yang Paling Ditakuti Oleh Banduan

Logik juga apabila melihat kasut yang dikatakan sangat ditakuti oleh para banduan yang sedang menjalani hukuman masing-masing.  Paparan ini menunjukkan sejenis kasut khas yang direkabentuk untuk banduan bagi tujuan tertentu.



Berat…kasut yang dicipta khas untuk banduan


Kasut besi ini dicipta oleh Warden, J.C Gardner pada tahun 1866. Kasut ini juga dipanggil sebagai The Oregon Boot atau Man Killer.  Kasut unik  ini mencapai berat di antara 5 hingga 28 paun di mana ianya akan dipakai oleh banduan untuk mengelakkan mereka daripada melarikan diri.

Apa yang sangat mereka gerunkan ialah ramai  banduan yang telah merasa memakai kasut ini  dalam jangka masa yang panjang akan menyebabkan masalah kecederaan fizikal terutamanya bahagian kaki.

Kasut besi ini juga dipanggil dengan nama “kasut yang membelenggu” akan dipakaikan kepada penjenayah-penjenayah yang melakukan jenayah berat seperti membunuh.  Oleh kerana pihak penjara bimbang mereka akan melarikan diri, makan penjenayah akan dipakaikan dengan kasut ini.




Rekaan kasut unik ini bukan untuk digayakan dalam majlis

Pastinya kasut ini sungguh menyakitkan pada si pemakai.  Pasti si pemakai sangat sukar untuk mengangkat kakinya setapak demi setapak.  Pada bahagian bawah kasut ini dilengkapkan dengan bahan logam berat iaitu besi padu yang seakan-akan ‘melekat’ pada kaki si banduan.  Tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk menghalang pergerakan mereka.

Andai kasut ini sudah tersarung di kaki, apa lagi yang dapat dilakukan melainkan berjalan sambil mengheret kaki berikutan beratnya kasut tersebut.

No comments:

Post a Comment