Nampaknya sikap romantik dan penyayang pelawak popular Johan Raja Lawak terhadap isterinya, Ozlynwati atau Ozlyn memang sedia terserlah.
Sebelum ini Johan dilaporkan telah membeli beg berjenama Birkin yang berharga lebih RM200,000 khas untuk isterinya yang tercinta.
Rupanya ada lagi kisah menarik pasangan suami isteri ini yang boleh dikongsikan bersama dengan peminat mereka berdua.
Menerusi Metro Ahad, Johan dikatakan sanggup membantu isterinya mengunyah sate sebelum memberinya makan kerana Ozlyn tidak boleh mengunyah kerana menjalani rawatan gigi.
Mungkin ada yang jijik dengan perlakuan sebegitu, namun mungkin itu caranya Johan menunjukkan sikap prihatin terhadap isterinya.
Memang Johan mempunyai ciri-ciri suami yang mithali dan penyayang di sebalik sikap pak lawaknya itu.
Beruntung Ozlyn kan.
No comments:
Post a Comment