Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday 17 October 2013

Mayat Pelumba Haram Dibiar Atas Jalan Sebagai TANDA PERINGATAN

Mayat seorang lelaki, Tao Lung yang terkorban ketika berlumba di jalan raya, telah dibiarkan di atas jalan tanpa ditutup oleh polis, sebagai ingatan kepada orang lain agar tidak melakukan perbuatan sama.
Mayat berkenaan dibiarkan begitu sahaja tanpa ditutup dan menjadi tontonan orang ramai di situ termasuk kanak-kanak.
Hanya selepas polis menyelesaikan siasatan, barulah mereka menarik kenderaan yang remuk itu sebelum memasukkan mayat Lung ke dalam van.

Lung, 28, meninggal dunia selepas tercampak daripada kereta jaguar F bernilai kira-kira RM400,000 yang dipandunya.
Kenderaan itu telah merempuh pokok ketika cuba memotong sebuah kereta lain.
Selepas tercampak keluar, dia telah dilanggar oleh sebuah kereta yang turut terlibat dalam perlumbaan berkenaan.
Kenderaan terbabit memecut melebihi 150 mph di kawasan kediaman.
Menurut penduduk di situ, mereka sudah bosan dengan kegiatan lumba kereta dan telah membuat laporan kepada polis dengan amaran pasti akan berlaku juga kemalangan di situ.
“Namun polis enggan mengatasi masalah ini kerana mereka yang terlibat adalah orang kaya,’’ kata salah seorang penduduk.
China mencatatkan kematian kira-kira 220,000 orang setiap tahun akibat kemalangan jalan raya dan jumlah tersebut menyumbang kepada satu pertiga daripada jumlah mereka yang terkorban akibat nahas jalan raya di seluruh dunia.
Lumba kereta di jalan-jalan utama di China kini menjadi satu trend terutama di kalangan golongan belia.
Kebanyakan yang terlibat hanya mahukan penghormatan dan prestij, berbanding wang ringgit.
Malah terdapat kelab-kelab yang menganjurkan pertandingan itu dengan melibatkan hanya kereta mewah sahaja.

No comments:

Post a Comment