Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday 17 October 2013

Melaka perkenal MelakaKAD untuk pelancong

Melaka mencipta sejarah apabila muncul sebagai negeri pertama di negara ini menawarkan perkhidmatan kad pembayaran tunai elektronik sendiri bagi kegunaan penduduk dan pelancong yang hendak meningkatkan kecekapan pengurusan tunai masing-masing.
Diberi nama MelakaKAD dan dilancarkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, perkhidmatan baru ini dibangunkan oleh Bahagian K-Ekonomi kerajaan negeri dengan kerjasama IPS Sdn Bhd (IPS), pengendali skim e-tunai MEPSCASH.

Sebagai permulaan, sebanyak 3,000 kad disasarkan untuk diagihkan di seluruh negeri menjelang penghujung Disember ini dan jumlah itu dapat ditingkatkan kepada 100,000 pada tahun depan.
Sebagai permulaan, penggunaan kad elektronik ini boleh dilakukan di pusat pelancongan utama di Melaka seperti sekitar Ayer Keroh dan Banda Hilir yang meliputi Menara Taming Sari dan Melaka River Cruise, serta Melaka Planetarium.
Selain itu, ia juga boleh digunakan bagi pembayaran lebih 130 jenis bil melalui laman web PosOnline.

No comments:

Post a Comment