Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 2 October 2013

Muhammad Hanya Nama Awalan Anak Saya - Farid Kamil

Sebelum ini media telah mendedahkan nama sebenar anak Farid Kamil dan Diana Danielle adalah Muhammad. Ianya dinayatkan sendiri oleh Diana sewaktu pihak media bertemu dengannya.

Namun begitu, Farid Kamil mengatakan Muhammad bukanlah nama sebenar anaknya sebaliknya itu hanyalah nama awalan dan nama penuh anaknya bakal didedahkan ketika majlis khatam Al- Quran yang akan diadakan tidak lama lagi.

Menurut Farid Kamil, “Sebenarnya Muhammad tu bukan nama penuh anak saya. Itu hanyalah nama awalan sahaja. Bagi saya mungkin ramai yang salah faham dengan perkara ini. Saya hanya akan bagi tahu kepada semua nama penuh anak saya tidak lama lagi”

“Sebenarnya bukan hendak menyembunyikan sangat nama anak kepada pengetahuan umum, tapi biarlah ianya menjadi satu kejutan buat mereka yang begitu ambil berat tentang anak kami”

No comments:

Post a Comment