Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday 3 October 2013

Pekerja Dibaham Harimau Depan Pengunjung Zoo

Seorang pekerja zoo mati dibaham seekor harimau di depan pengunjung selepas dia terlupa mengunci pintu kandang ketika waktu makan.


Pekerja berpengalaman berusia 56 tahun itu sedang meletakkan makanan di luar kawasan kandang harimau Siberia itu di Zoo Munster, Jerman apabila dia diserang dari belakang.

Haiwan berkenaan menggigit leher pekerja itu yang hanya dikenali sebagai Martin H, menyebabkan dia mati serta-merta.

Ia tugas seharian yang dilakukannya apabila kejadian ngeri itu berlaku di depan pengunjung. Kejadian berpunca daripada kesilapannya kerana tidak mengunci pintu dalam kandang yang memnyebabkan harimau itu boleh menyerangnya.

Siasatan dilakukan pihak berkuasa untuk menentukan punca kejadian. Bagaimanapun, teori paling kuat ialah ia berpunca daripada kesilapan manusia.

Mei lalu, seorang wanita Britain dibaham seekor harimau di kawasan pekerja dalam kandang haiwan berkenaan.

Kejadian itu menysuli satu kejadian sebelum ini yang menya Sarah McClay, 24, mati selepas diserang harimau Sumatera di Taman Haiwan Liar South Lake di Cumbria. - AFP

No comments:

Post a Comment