Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday 3 October 2013

Tegar Akui Pernah Hidu Gam Dan Merokok

Tegar, 12, penyanyi kelahiran Indonesia, yang popular dengan lagu "Aku Yang Dulu" mengakui pernah menghidu gam dan merokok sebelum bergelar artis popular seperti sekarang.

“Saya sudah tidak hidu gam lagi. Sudah berhenti merokok. Saya juga rindu sama teman-teman,” katanya.

Tegar kini dalam rangka lawatan di Malaysia.”Saya tidak pernah sangka nasib saya berubah begini dan saya jadi penyanyi. Penat juga ya, jadi orang kaya, tapi ya, Alhamdulillah.


Walaupun kehidupannya kini boleh dikatakan senang, namun penyanyi cilik ini berkata dia tidak pernah melupakan saat susah payah yang pernah dilalui sepanjang menjadi penyanyi jalanan sebelum disunting menjadi artis rakaman.

Menurut Tegar, dulu kerana hidupnya yang serba kekurangan, dia terpaksa berhenti sekolah, tinggal dirumah yang hanya berukuran 4x6 meter bersama kedua orang tua serta tiga adiknya. Rutin hariannya, menyanyi dan meminta sedekah di kota Jakarta demi sesuap nasi untuk keluarga.

 "Saya jadi pengamen jalanan sejak umur 7 tahun. Kalau sekali ngamen, bisa (boleh) dapat hingga 100,000 rupiah. Tapi pernah juga balik dengan tangan kosong. Tapi kalau dapat wang ngamen, saya buat beli gam dan rokok.

"Dulu saya suka hidu gam. Saya suka ke siber kafe bersama teman-teman. Hidup di jalanan memang bebas. Tapi sekarang hidup saya sudah jauh berubah. Saya sudah dapat beli rumah dan beli motor,” ujarnya lagi.
Sebelum Terkenal, Tegar Akui Pernah Hidu Gam Dan Merokok

Dalam perkembangan lain, pihak pengurusan Tegar bercadanng untuk menerbitkan novel dan juga filem yang menceritakan pengalaman hidup Tegar dan penggambaran filem itu dijangka akan bermula pada bulan hadapan.

No comments:

Post a Comment