Seorang pelajar tingkatan lima di negeri ini dikesan berfahaman Syiah apabila dipercayai dipengaruhi bapa serta tiga ahli keluarganya.
Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) Mohamad Sokri Husin berkata, mereka yang berusia antara 17 hingga 60 tahun adalah antara lima anak beranak yang sedang dipantau jabatan itu.
“Setakat ini kita sudah memanggil pelajar terbabit untuk memberi kata dua selain memberi nasihat supaya dia tidak mempengaruhi rakan-rakannya di sekolah.
“Malah pihak JAIPs turut bekerjasama dengan Jabatan Pelajaran memantau pelajar tersebut melalui guru-guru sekolah tersebut,” katany..
Jelas Mohamad Sokri adalah sukar bagi pihaknya menahan golongan ini kerana mereka bergerak secara senyap tanpa menonjolkan diri.
Jelas Mohamad Sokri adalah sukar bagi pihaknya menahan golongan ini kerana mereka bergerak secara senyap tanpa menonjolkan diri.
“Dalam pemerhatian kita, mereka yang kita syaki mengamalkan fahaman ini secara senyap dan ia menyukarkan penguatkuasa JAIPs untuk menahan mereka.
“Jika mereka mengajak atau berdakwah kepada masyarakat secara terang-terangan, mengedarkan dokumen mengenai Syiah barulah JAIPs boleh menahan mereka atas tuduhan melanggar urusan fatwa negeri.
“Buat masa sekarang belum ada lagi yang kita boleh dibuktikan bahawa mereka ini menganuti Syiah,” katanya.
Justeru Mohamad Sokri menasihatkan supaya rakyat negeri ini sentiasa berpegang teguh kepada Ahli Sunnah Waljamaah agar menjadi pendinding dari dipengaruhi fahaman Syiah.
Katanya, JAIPs bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) akan mengadakan program pemantapan akidah bagi memberi kesedaran bahayanya Syiah kepada orang Islam..
“Program tersebut akan diadakan pada 22 Oktober ini di Dewan 2020, di sini, di mana kita akan mewajibkan setiap guru sekolah termasuk imam-imam masjid seluruh negeri ini hadir ke program tersebut,” tambahnya.
No comments:
Post a Comment