Rumah mendiang penyanyi rock ‘grunge’, Kurt Cobain bakal dijual dengan harga RM1.6 juta, tujuh kali lebih tinggi berbanding harga ia mula dibeli.
Menariknya, rumah dua tingkat itu merupakan kediaman Cobain semasa zaman kanak-kanaknya dan terletak di Bandar Aberdeen.
Menurut ejen jualannya, Edward Fitz, penjualan rumah tersebut sememangnya menarik kerana nilai sentimental yang terdapat pada rumah tersebut khususnya di kalangan peminat vokalis kumpulan Nirvana itu.
Ia dibeli oleh ibu-bapanya sewaktu Cobain berusia dua tahun pada tahun 1969 dan dia tinggal di situ sehingga berusia sembilan tahun kerana perceraian orang tuanya.
Cobain kembali semula ke rumah itu pada usia 17 hingga 20 tahun.
Faktor lain yang menjadikan penjualan rumah itu menarik ialah tilam yang digunakan penyanyi itu sewaktu masih remaja selain lukisan pada dinding olehnya.
No comments:
Post a Comment