Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday 8 October 2013

Satu Stadium Tak Solat Jumaat!

Seorang ibu mendedahkan di dalam rancangan “Assalamu’alaikum” terbitan TV AL-Hijrah bahawa ramai peserta-peserta sambutan Hari Merdeka yang diadakan di Stadium Merdeka tidak solat Jumaat.
Anaknya diarahkan untuk hadir ke sekolah seawal jam 11 pagi dan bas sekolah bertolak jam 12 tengah hari. Si ibu mengekori bas dengan kereta sendiri. Si Ibu kesal kerana anaknya dan semua pelajar tidak dapat solat Jumaat. Sesampainya di Bukit Jalil Si Ibu melihat ramai lagi petugas Muslim tidak solat Jumaat. Solat Asar dan Maghrib juga hanyut.

Mungkin tidak menyangka panggilan sebegitu, penerbit ‘Assalamualaikum’ tidak sempat memutuskan talian namun cepat-cepat Ustaz Izhar yang mengendalikan slot itu memotong percakapan Si Ibu tadi dengan alasan masa tidak mencukupi. Tapi dah terlambat, seluruh Malaysia yang menonton rancangan itu sudah tahu perkara yang sebenar.
“MERDEKA! MERDEKA!

No comments:

Post a Comment