Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday 10 October 2013

Tahukah Anda 56% Juruterbang Di Eropah Tertidur Ketika Bertugas

Selepas ini, anda mungkin mengalami sedikit kesukaran untuk tidur dalam penerbangan yang panjang khususnya jika anda dalam penerbangan ke London.
Ini berikutan pengakuan lebih separuh juruterbang British yang mengaku mereka tertidur ketika berada di dalam kokpit.
Dalam satu kaji selidik oleh Persatuan Juruterbang British (BALPA), sebanyak 56 peratus daripada 500 orang juruterbang penerbangan komersil mengaku terlelap ketika mengendalikan penerbangan mereka.

Isu keletihan dalam kalangan juruterbng menjadi hangat di Britain selepas ada akhbar melaporkan kejadian dua juruterbang tertidur sehingga pesawat kendalian mereka terbang sendiri dalam mod automatik.
Kaji selidik itu juga diadakan berikutan satu cadangan di Parlimen Eropah untuk merangka satu peraturan baru bagi menggantikan peraturan British yang digunakan selama ini.
Pihak BALPA bimbang dengan perkembangan terbaru ini kerana undang-undang baru itu mungkin akan menyebabkan seseorang juruterbang itu bekerja selama maksimum 110 jam dalam masa dua minggu.
Ianya melebihi had asal 95 jam yang ditetapkan undang-undang British.
“Keletihan sememangnya sudah menjadi cabaran dan lumrah untuk juruterbang, dengan peraturan baru seperti ini ianya sudah pasti akan menjadikan para juruterbang kita semakin keletihan.
“Keletihan juruterbang sudah pun jelas merupakan antara penyebab nahas melibatkan pesawat,” kata Setiausaha Agung BALPA Jim McAuslan.
Cadangan peraturan baru itu dimulakan oleh Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah untuk menyeragamkan peraturan berkaitan tempoh bertugas seorang juruterbang untuk semua negara Eropah.
Jika cadangan itu dilaksanakan, kemungkinan besar mereka akan boleh dipanggil untuk bertugas mengendalikan penerbangan pada hari mereka sepatutnya bercuti.
Menurut peraturan British, seorang juruterbang tidak boleh dipanggil bertugas ketika bercuti bagi membolehkan mereka mendapat rehat yang secukupnya.
Para penggubal undang-undang di Britain juga bimbang dengan cadangan itu terutama untuk meningkatkan masa bertugas juruterbang di waktu malam kepada 11 jam penerbangan berbanding hanya 10 jam sebelum ini.
Bagaimanapun, Pesatuan Syarikat Penerbangan Eropah yang diwakili 31 syarikat penerbangan mengharapkan sokongan kepada cadangan ini kerana ia akan membolehkan semua syarikat penerbangan mengikut peraturan yang sama.
“Peraturan baru itu akan menjadikan Eropah akan terus menguatkuasakan antara peraturan paling ketat di dunia, lebih ketat peraturan yang ada sekarang,” kata Setiausaha Agung persatuan itu Athar Husain Khan.

No comments:

Post a Comment