Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday 10 October 2013

Wanita Arab Maut Ketika Lakukan Parasailing Di Batu Ferringhi

Seorang wanita warga Arab maut selepas terjatuh dari payung terjun ketika melakukan parasailing di Batu Ferringhi, semalam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata pada kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Aldakhilallad Eman Mohamed, 35, dari Riyadh, Arab Saudi dilaporkan terjatuh pada ketinggian kira-kira tujuh meter dan tercampak ke dalam laut.

“Menurut pemandu bot yang menerbangkan mangsa, mangsa telah dipakaikan jaket dan cawat keselamatan. Selepas satu pusingan, mangsa tidak menarik tali payung terjun untuk mendarat, jadi pemandu bot menerbangkannya satu lagi pusingan untuk membolehkannya mendarat.
“Tetapi sebelum sempat mendarat, mangsa tiba-tiba terlucut dari tali keselamatan dan terjatuh,” katanya.
Gan berkata, wanita itu meninggal dunia dalam perjalanan ke sebuah hospital swasta di sini.
Mangsa yang tiba ke negeri ini bersama ibu bapanya pada Selasa lepas sepatutnya mendaftar keluar dari hotel mereka Sabtu ini.
Beliau berkata, sehubungan kejadian itu, pemandu bot berkenaan ditahan bagi membantu siasatan.

No comments:

Post a Comment