Setelah lama berdiam diri dan hanya membiarkan suaminya, Aeril Zafrel menjawab semua persoalan dan tuduhan orang ramai, Wawa akhirnya terpaksa membuka mulut selepas Majalah BiPop membuat pendedahan mengejut semalam.
Dalam pendedahan yang disiarkan oleh Majalah BiPop, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel dikatakan sudah berkahwin pada 4 Februari lalu iaitu sekitar waktu Wawa tiba-tiba pulang ke kampung untuk berubat penyakit misteri.
Menerusi akaun Twitter peribadinya, pelakon berkulit gebu itu mendakwa mengenali identiti dalang yang membuat pendedahan semalam dan individu terbabit memang berniat cuba menjatuhkan Aeril Zafrel.
“Saya kenal Aeril Zafrel dan orang-orang yang memang dari dulu mahu saya membenci pada dia (Aeril). Mereka memang ada niat untuk menjatuhkannya. Semoga Aeril akan terus tabah sehingga sampai masanya.”
Selain isu perkahwinan, Majalah BiPop juga turut mendedahkan yang Wawa Zainal dan Aeril Zafrel adalah ibubapa kepada seorang bayi lelaki dinamakan Ahmad Fakharuddin Attar.
Dengan semua persoalan orang ramai masih terus tergantung tanpa penjelasan sebenar, Wawa berjanji akan membuat sidang media dalam masa terdekat ini.
“Saya juga ingin berterima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan saya dan Aeril.”
No comments:
Post a Comment