Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 2 October 2013

Aurora Salwa @ Salwa Razak Nafi Di Taja Datuk

Aurora Salwa @ Salwa Razak Nafi Di Taja Datuk | Penyanyi lagu Ahmad, Aurora Salwa yang kini dikenali dengan nama Salwa Razak, pernah menghangatkan industri hiburan tempatan dengan kisahnya yang dikatakan melakukan perkara syirik untuk menaikkan namanya dalam bidang seni.

Menutup cerita lama, penyanyi dan pelakon ini  mengambil pendekatan berdiam diri dan enggan mengulas mengenai kisah panas itu lagi.

Ketika ditemui baru-baru ini, beliau enggan melayan gosip dan fitnah yang dilemparkan kepadanya apabila dia dikatakan ditaja seorang Datuk.

"Apa yang pastinya, saya tak berbuat demikian, tetapi kerana ada penganiayaan daripada orang yang tidak bertanggungjawab itu maka timbullah cerita sebegini.

“Orang ini tidak senang melihat saya berjaya dan mahu menghancurkan kerjaya seni saya dan saya tahu siapa yang melakukan kerja ini tetapi saya tak mahu dedahkan. Yang pastinya, sekarang dia sedang melakukan perkara yang sama kepada seorang lagi artis baru di bawah syarikat yang saya bernaung sebelum ini.

“Biarlah. Saya hanya mahu kisah lama saya berkubur dan mulakan kehidupan baru dan ia lebih kepada karier berbanding kisah peribadi,” katanya yang sebelum ini sering dikaitkan dengan bekas anggota kumpulan Max:247, Mohd Fairuz Shaari (Alloi).

Biarpun pelbagai tuduhan dilemparkan, Salwa bangkit dari tragedi hitam yang menimpa dirinya. Enggan melayan sebarang cerita atau kontroversi murahan berkaitan dirinya, penyanyi tinggi lampai ini mahu memberi perhatian terhadap karier seninya dengan nama yang baru.

“Salwa Razak merupakan panggilan baru dan saya amat selesa menggunakannya.

“Panggilan ini sebagai lembaran baru untuk saya lupakan sejarah bersama nama Aurora Salwa.

Turut tampil dengan imej baru, Salwa kelihatan lebih manis membawakan imej yang lebih trendy dan santai.

“Saya lebih selesa tampil ringkas, kemas begini. Tapi ia akan ikut acaralah,” katanya yang kini membuka lembaran baru dan bersyukur telah menyiapkan klip video dan single terbaru iaitu Hidup Baru dan Takdir Dan Masa di bawah label JJ Solution Sdn. Bhd.

“Saya yang memilih sendiri genre lagu balada ini untuk disesuaikan bersama vokal saya. Nampaknya, seiring dengan umur saya, saya mahu buat perubahan muzik ke arah kematangan saya.

“Saya suka bekerjasama dengan Kunci Demak,” katanya yang mahu mengetengahkan genre muzik itu berbanding muzik ‘catchy’ seperti sebelum ini.

Tambah Salwa lagi, pada bulan ini dia akan jelajah di stesen-stesen radio untuk mempromosikan singlenya dan berharap lagu itu turut popular seperti 'Ahmad'.

Kekal positif dan lebih terbuka  menceburi pelbagai bidang, nampaknya, tawaran lakonan berpihak kepada bekas anggota polis ini.

Meninggalkan karier lamanya sebagai anggota polis, penyanyi ini mendapat tawaran melakonkan watak aksi di dalam drama D7 sebanyak 13 episod.

Nekad dan yakin dengan bakat yang ada dalam dirinya dia juga kini terlibat dengan sebuah drama yang bertajuk Misteri X. Menurut Salwa, dia berharap kedua-dua kariernya itu akan berjalan seiring.

“Alhamdulillah, peluang itu datang seiring dan tawaran yang saya terima juga adalah jenis watak yang penuh aksi.

Sekiranya saya mendapat tawaran perempuan Melayu terakhir, saya pasti tidak dapat lakukannya.

“Ini kerana saya seorang yang lasak, jadi saya tak suka watak lemah lembut. Saya yakin, saya tak dapat buat watak itu,” akhirinya yang juga pernah berlakon sebagai pegawai polis dalam filem pertamanya, Kerat 14.

No comments:

Post a Comment