Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 2 October 2013

Benarkah Shila Amzah Pernah Menjadi Mangsa Keganasan Lelaki?

Sebuah blog tempatan telah memuatnaik artikel tentang Shila Amzah yang dikatakan takut nak menonton filem BENCINTA. Artikel tersebut dikatakan bermula dari insiden status pada laman Twitter milik Shila sendiri yang bertarikh 29 September 2013. Kenyataan Shila berbunyi,
 “Takut nak tengok Bencinta. Tapi teringin nak tengok Kak Nora berlakon macam tu. Takut terbayang-bayang. Been there. Esoklah gagahkan diri.”

Menurut Shila lagi,“Saya kemaskini status demikian kerana saya pernah mengalami situasi tersebut. Saya masih trauma dengan keadaan itu. Walaupun begitu, saya tetap akan teruskan rancangan saya untuk menonton filem ‘Bencinta’ bersama-sama dengan peminat saya di GSC Mid Valley pada Rabu, jam 9.45 malam,” jelas Shila memulakan perbualan.

Ketika ditanya adakah sebenarnya Shila pernah mengalami situasi yang dialami oleh watak Nora Danish dalam filem itu sehingga dia menulis kenyataan ‘been there’, Shila enggan mengulas lanjut mengenai perkara terbabit.

No comments:

Post a Comment