Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 2 October 2013

Mengapa Ahli-Ahli Wanita Perlu Menyokong Raihan Suleiman Pelastin?

Poster di atas memberikan gambaran jelas mengapa ahli-ahli Pergerakan Wanita UMNO seluruh negara perlu memberikan sokongan kepada Raihan Suleiman Pelastin.
Namun, ada lebih daripada itu sebenarnya bagi penulis.
Untuk mengulas semua sebab mengapa Raihan harus dipilih…memang sukar.
Bagaimanapun, paling menarik pada penulis ialah bagaimana beliau dipandang sepi dan hina oleh dua pencabarnya yakni Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Datuk Maznah Mazlan.

Macam beliau tidak wujud sahaja di mata dua wanita berkuasa dan berharta itu. Simpati betul pada beliau.
Mungkin Raihan takda tawaran kebendaaan yang mampu diberikan.
Namun, sebagai anak pejuang UMNO dan orang agama, Ustaz Haji Sulaiman Ahmad atau ‘Sulaiman Palestine’ , beliau tidak membawa sebarang beban yang boleh dijadikan bahan lawak jenaka dan sebab untuk memalukan parti keramat orang Melayu itu.
Tidak kedengaranlah bunyi sorakan lembu dan sebagainya bila melangkah masuk ke mana-mana.
Bila bercakap mengenai meremajakan parti… tanya diri sendiri adakah elok wanita hendak melantik Maznah yang lebih tua daripada Shahrizat itu sebagai penganti beliau?
Perubahan apa yang kita hendak buat kalau begitu?
Tak nak Shahrizat..ganti Maznah…. tolonglah!
Ingat…UMNO itu lebih besar daripada Shahrizat atau Maznah.
Sepasang baju kurung dan senyuman plastik tidak sepatutnya menjadi sebab untuk terus mengadaikan maruah UMNO di mata rakyat.
Fikir untuk masa depan…. pilih dengan pemikiran dan hati yang bersih.
Dengan itu, suatu hari nanti, ahli Wanita boleh berkata kepada anak cucu masing-masing…” Mak dulu selamatkan UMNO…walaupun mak satu undi… tapi kawan-kawan berpakat pilih calon yang tepat…dan lama-lama masyarakat kembali kepada parti kita nak”.

No comments:

Post a Comment