Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 2 October 2013

Zizan Razak Nafi Masam Muka Dengan Johan


Pelawak dan pelakon Zizan Razak menafikan mempunyai masalah dalaman ataupun bermasam muka dengan pasangan gandingannya dalam kumpulan Jozan iaitu Johan.
Namun, Zizan, 29, mengakui agak sukar berjumpa dengan rakannya itu kerana kedua-dua mereka mempunyai komitmen kerja masing-masing.
“Kami tiada apa-apa masalah cuma sekarang masing-masing sibuk dengan kerja, waktu kerja pula berbeza, kebiasaannya masa dia tidur, saya baru bangun.
“Tapi kami sering berhubung dan bertanya perkembangan cuma akhir-akhir ini mungkin kurang digandingkan di televisyen,” katanya.
Zizan berkata demikian ketika ditanya tentang khabar angin kononnya dia dan Johan sukar untuk ditemukan.
Bagaimanapun, Zizan berkata, dia sering mencari kesempatan untuk bertemu dengan Johan di studio radio jika mempunyai tugasan di Astro.
“Kalau ada promosi di radio atau televisyen di Astro saya akan ambil kesempatan untuk bertemu dia.
“Saya sanggup tukar masa tidur saya untuk datang bertemu dia terlebih dahulu,” katanya.

No comments:

Post a Comment