Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Friday 8 November 2013

Cili Yang Berasa Manis

Pedasnya cili kerap menjadi pembuka selera makan. Bagi yang tak suka pedas, kini sudah ada cili tanpa biji yang rasanya manis.
Cili jenis baru yang diberi nama Angello ini adalah hasil projek penyelidikanSyngenta, institusi di Inggeris yang bergerak di bidang makanan. Selama 15 tahun,mereka mencari cara agar cili boleh diambil oleh semua pecinta masakan - tak hanya bagi mereka yang suka pedas.

 

Ditanam di Sepanyol, Israel, dan Belanda, cili varian baru ini didakwa mempunyaitekstur yang lebih rangup jika dikunyah. Cili ini juga mengandungi brix 25 peratus lebih tinggi daripada cili biasa. - Brix biasa digunakan untuk mengukur kadar manis pada buah-buahan dan tanaman.

Seperti dipetik dari dailymail, Jumaat (9/12/2011), Marks & Spencer adalah rangkaian kedai yang pertama di dunia memasarkan cili tanpa biji. Dengan rasayang manis, cili ini diharapkan tak sekadar menjadi salah satu bahan masakan.

"Kami berharap masyarakat boleh membawanya untuk berkelah, menjadi alternatifsnek, atau bahkan salah satu menu bekal sekolah," ujar Zeina Orfali dari Marks &Spencer.

Per 4 Disember 2011 lalu, rangkaian Marks & Spencer di Inggeris sudah memasarkan Angello dengan harga 1.79 pound sterling.

No comments:

Post a Comment