Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 27 November 2013

Kekasih Dibunuh Dan Mayat Menjadi Juadah Anjing

Penjaga gol yang disebut-sebut bakal bermain untuk skuad Brazil dalam Piala Dunia 2014 semalam mengaku membunuh bekas teman wanitanya sebelum memberi cebisan mayat itu kepada anjing.

Bruno Fernandes De Souza, 28, sebelum itu dituduh membunuh Eliza Samudio bagi mengelak dipaksa menanggung saraan anak mereka yang dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan. De Souza sebelum ini menafikan terbabit dalam kematian Eliza, 25, tetapi ketika perbicaraan dilangsungkan di mahkamah semalam, bekas pemain kelab Flamengo itu menceritakan bagaimana pasangannya itu dibunuh.

Kata De Souza, kawan baiknya, Luiz Henrique Romao mengupah seseorang untuk membunuh Eliza. Walaupun tidak mampu mengarahkan bekas kekasihnya dibunuh, De Souza mengaku menerima bantuan Romao. De Souza dituduh merancang penculikan Eliza dan membunuh wanita terbabit dengan bantuan lapan orang lain, termasuk isterinya, Dayane, seorang lagi bekas kekasihnya, seorang sepupu dan bekas anggota polis, Marcos Santos.


Pendakwa berkata, De Souza melihat Santos menyeksa Eliza sehingga mati sebelum membantu bekas anggota polis itu memotong mayat mangsa. Sebahagian daripada cebisan mayat Eliza diberi kepada anjing De Souza sebagai makanan, manakala selebihnya ditanam di bawah lapisan simen. Dalam perbicaraan awal, Romao didapati bersalah membunuh Eliza dan dihukum penjara 15 tahun.

Santos pula akan mula dibicarakan bulan depan. Sebelum ditangkap, De Souza disebut-sebut akan berpindah ke kelab AC Milan.
Ketika disoal siasat, dia mendakwa, Eliza masih hidup dan berada di luar negara.

DE SOUZA menangis ketika menceritakan bagaimana Eliza dibunuh kepada mahkamah. Namun, dia memberitahu mahkamah di Contagem, sepupunya, Jorge Rosa, menyaksikan pembunuhan itu dan menceritakan apa yang berlaku kepadanya. “Selepas diculik, Eliza dibawa ke rumahnya di Belo Horizonte dan Santos yang diupah sebagai pembunuh menunggu di situ,” katanya.

Eliza yang didakwa pernah menjalin hubungan dengan bintang Real Madrid, Cistiano Ronaldo berselisih faham dengan de Souza selepas hamil akibat hubungan sulit mereka. De Souza dan Eliza bertemu kali pertama pada Mei 2009. - Daily Mail

No comments:

Post a Comment