Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 27 November 2013

Remaja Perempuan, Lelaki Indonesia Dibunuh Di Pasar Malam

Kunjungan seorang remaja perempuan ke pasar malam Wira Damai di Gombak dekat sini malam tadi, berkesudahan dengan kematian apabila dia menjadi mangsa serangan seorang lelaki dipercayai warga Indonesia.
Dalam kejadian kira-kira 8.15 malam itu, Noor Fathanah Misnawi, pelajar Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas, Batu Caves meninggal dunia di sebuah klinik swasta selepas cedera pada rusuk kanan akibat terkena tikaman senjata tajam suspek yang sedang mengejar seorang lelaki Indonesia lain.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata suspek kemudian dapat menikam Mohammad Hasir, 30, sebelum dia melarikan diri dari tempat kejadian.
"Terdapat lima kesan tikaman pada tubuh Mohamad Hasir termasuk di leher, bahu kiri, dada kiri dan perut menyebabkan kecederaan parah. Dia mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Selayang,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Bernama malam tadi.
Abdul Rahim meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya tampil memberi maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
— BERNAMA

No comments:

Post a Comment