Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday 28 November 2013

Bayi Ini Ditinggalkan Di Tepi Jalan Kerana Albino


Bayi perempuan comel berambut putih ini ditemui di pinggir jalan di Nanning, Daerah Guangxi. "Saya sedang berjalan dan terkejut mendengar tangisan bayi yang dibungkus dalam selimut. Ketika saya buka bungkusan itu, bayi tersebut terlihat kepenatan kerana menangis," katanya.

Polis menemui beg yang berisi baju bayi dan juga sampul surat dengan wang sebanyak 3.900 yuan. Di sampul surat itu tertulis," saya harap ada orang yang berhati baik dan mengirim bayi ini ke rumah yatim piatu. Semoga anda diberkati". Oh Anakku, saya ibu tak bertanggungjawab dan tak boleh berbuat apa-apa. Saya meminta maaf".

Polisi mensyaki ada kemungkinan dia membuang bayinya kerana berambut dan berkulit putih ataupun ada ibu tak berdaya membesarkan anaknya kerana peraturan di negara itu yang memberikan denda jika memiliki anak lebih dari seorang dalam sebuah keluarga.

Kebanyakan keluarga di China hanya dibolehkan memiliki seorang anak untuk mengurangi populasi penduduknya yang semakin ramai. Kebanyakan anak dan terutama anak perempuan dibuang akibat peraturan tersebut.

Peraturan ini juga kemudian membuat meningkatnya jumlah pengguguran anak yang diperkirakan 13 juta kes setiap tahun dan kebanyakan diminta oleh penguasa setempat. Bagi mereka yang melanggar peraturan memiliki lebih dari satu anak mereka akan denda hingga 263 ribu yuan .-Daily Mail

No comments:

Post a Comment