Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Friday 29 November 2013

Disneyland Disaman Wanita Muslim


Di Los Angeles, seorang wanita islam telah bertindak menyaman taman tema Disneyland kerana taman itu melarang pemakaian tudung dan dianggap sebagai mengamalkan sikap diskriminisi.

Ceritanya bermula apabila Imane Boudal bertanya kepada majikannya, Hotel Grand Californian, sama ada dia boleh bertudung ketika bekerja sebagai pelayan, beberapa bulan lalu.Namun selepas tidak mendapat sebarang jawapan daripada majikan, Imane, 26, memakai tudung baru-baru ini sempena kedatangan Ramadan.

Imane (bertudung warna putih)

Tidak lama kemudian, Disneyland mengarahkan Imane membuka tudung jika mahu terus bekerja sebagai pelayan kerana ia tidak sesuai dengan imej syarikat berkenaan. Disney juga, katanya, mencadangkan Imane supaya bekerja di bahagian lain yang tidak perlu berdepan dengan pelanggan jika mahu terus bertudung. ika tidak, katanya, Imane dikehendaki berhenti.

Enggan berkompromi, Imane kemudian mengheret Disneyland ke Suruhanjaya Persamaan Hak Amerika Syarikat, sebuah agensi mengendalikan isu diskriminasi di tempat kerja.Menurut wanita itu, tawaran mereka meletakkan beliau di bahagian belakang adalah satu penghinaan.Katanya lagi, disebabkan beliau keturunan Arab Maghribi, beragama Islam, mereka enggan melihat beliau menjadi pelayan.

Timbalan Pengarah Eksekutif Majlis Perhubungan Amerika - Islam Los Angeles, Ameena Mirza, berkata tiada sebab Disneyland melarang Imane bertudung ketika bekerja.

No comments:

Post a Comment