Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Friday 29 November 2013

Pekerja Keretapi ‘Pedajal’ – Tayang Video Lucah Di Stesen!

Perkhidmatan keretapi di India merupakan antara perkhidmatan pengangkutan yang paling laris sekali digunakan oleh para penduduknya.
Kesesakkan yang ada melampaui batas pemikiran manusia.
Bukan setakat gerabak sedia ada sentiasa penuh, malah celah gerabak, atas gerabak pun ada penumpang.
Rangkaian jalan keretapi di India meliputi 64,015 kilometer panjangnya dan dikatakan merupakan ke empat di dunia yang mempunyai jaringan atau rangkaian keretapi terbesar.
Setiap tahun dianggarkan lebih dari 10 bilion penumpang dicatatkan menggunakan perkhidmatan ini, bukan itu sahaja, ia juga mengangkut muatan lebih daripada 1050 juta tan setiap tahun.
Jaringannya sampai ke negara Nepal, Bangladesh dan juga Pakistan.
Bagaimanapun terjadi satu kejadian yang cukup ‘menggemparkan’ di salah sebuah stesen keretapi tersibuk di negara itu iaitu di Bhubaneswar, Orissa baru-baru ini.
Bukan serangan pengganas, bukan juga kemalangan ngeri…tetapi disebabkan tindakan tak senonoh seorang lelaki.
Lelaki ini telah melakukan ‘pedajal’ dengan menayangkan klip video lucah selama kira-kira 10 minit di 24 buah televisyen yang dipasang di stesen keretapi berkenaan.
” Kejadian itu berlaku dalam pukul 3.30 petang di mana kesemua televisyen yang ada di situ termasuk yang diletakkan di platform, ruang menunggu dan kaunter tiket, menayangkan video lucah secara serentak,” kata pegawai polis, Inspektor Baruna Behera.
Lelaki yang bertugas sebagai operator mengendalikan televisyen di stesen itu, Ashutosh Swain, 21, yang ditangkap sejurus selepas penayangan video tersebut, akhirnya mengaku bersalah atas perbuatannya.
Ketika disoal siasat, Swain mengaku telah memuat naik (upload) beberapa adegan lucah dalam telefon bimbitnya ke dalam server utama namun mendakwa ia berlaku secara tidak sengaja.
Penulis tak dapat bayangkan betapa kecohnya stesen keretapi itu ketika video lucah tersebut terpasang, dahlah beribu penumpang ada masa tu.
Sama ada ia berlaku secara sengaja atau tidak, yang pasti para penumpang di stesen tersebut dapat tengok ‘wayang percuma’ selama 10 minit!

No comments:

Post a Comment