Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Friday 29 November 2013

Polis Yang Malu?

http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/1216/Kosmo/Dunia/du_07.1.jpg
Polis daerah Staffordshire di Britain mendapat malu selepas gambar empat pelajar perempuan menggayakan pelbagai aksi nakal semasa memakai jaket dan topi polis ketika mereka berada di sebuah balai polis di sini untuk membantu siasatan, tersebar di Internet.

Sebuah akhbar melaporkan bahawa empat pelajar itu, Abi Vyse, 17, Grace Slights, 18, Giorgia Spencer, 18, dan Susie Mandleberg turut bergambar di sebuah bilik persalinan dan dalam van polis selain bergaya seksi di sisi sebuah kereta peronda.

Dua pelajar itu merupakan saksi manakala dua lagi rakan mereka itu mangsa satu insiden pergaduhan di sebuah bar di sini pada Sabtu lepas.Mereka berada di balai polis Burton itu selama 45 minit. Insiden memalukan itu tersebar apabila gambar-gambar aksi nakal mereka itu disiarkan di laman jaringan sosial Facebook.

Mengulas mengenainya, seorang jurucakap polis berkata, pihaknya kesal dengan kejadian itu dan mengaku anggota-anggotanya gagal mengawal tingkah laku kumpulan remaja tersebut. Menurutnya, beberapa pegawai cuba bertindak menghalang pelajar itu merakamkan gambar dalam balai polis.Namun, pegawai-pegawai itu tidak bertindak tegas untuk menghalang perbuatan empat pelajar tersebut.

Menurutnya, dua konstabel dan seorang pegawai polis berpangkat Sarjan yang bertugas pada malam kejadian telah ditukar ke lokasi lain selepas satu siasatan dalaman dilakukan berhubung insiden itu

No comments:

Post a Comment