Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 27 November 2013

Dalam Penjara Ini Banduan Bebas Lakukan Apa Sahaja


Terletak di Pulau Margarita di Venezuela, penjara San Antonio membolehkan para banduan untuk melakukan apa pun yang mereka inginkan asal tidak keluar dari penjara.

Penjara itu menampung banyak banduan pengedar dadah, membolehkan banduan untuk menonton TV, memasak, melayari laman web dan bahkan berenang di kolam renang. Bahkan beberapa banduan mempunyai pekerjaan seperti menjadi tukang cukur, menguruskan kelab laga ayam, sementara yang lain menjual ubat-ubatan dan menguruskan perniagaan haram mereka melalui telefon.

Tetamu dibenarkan untuk datang dan pergi sesuka hati, termasuk isteri, teman wanita dan anak-anak dari tahanan tersebut. Banduan kesepian juga boleh mencari cinta. Selain itu, pelbagai macam senjata boleh didapati di sebalik dinding penjara, menunjukkan kurangnya peraturan atau peraturan yang diabaikan dalam penjara tersebut. 

            

No comments:

Post a Comment