Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday 28 November 2013

Kepala Babi: Tawaran Puluhan Ribu Ringgit


Berikutan insiden kepala babi diletakkan di hadapan dua masjid iaitu di Rawang dan Sentul, Barisan Nasional (BN) Selangor menawarkan wang tunai RM18,000 bagi mengesan pihak-pihak yang bertanggungjawab meletakkan kepala babi tersebut.

Kerajaan Selangor juga menawarkan RM10,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sahih berhubung pihak terlibat dalam insiden terbabit.

Pengerusi BN Bahagian Selayang, Abdul Shukur Idrus berkata, ganjaran tersebut adalah hasil sumbangan beliau bersama Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim.

Menurut Abdul Shukur Idrus, Datuk Donald menawarkan RM10,000 kepada pemberi maklumat berhubung insiden terbabit dan RM5,000 diberikan kepada pengurusan masjid manakala beliau sendiri menawarkan RM3,000 untuk tujuan yang sama.

Ditanya sama ada insiden di kedua-dua masjid tersebut mempunyai kaitan dengan perselisihan di antara masyarakat setempat, Shukur berkata, tuduhan liar sebegitu perlu dielakkan bagi menjaga sensitiviti agama dan kaum di negara ini.

No comments:

Post a Comment