Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday 28 November 2013

Bayi Di China Lahir Dalam Keadaan Mengandung


Kebesaran kuasa Allah, apabila seorang kanak-kanak berusia dua tahun telah menjalani pembedahan selepas doktor mengesan dia `mengandung’ sewaktu di lahirkan.

Kanak-kanak tersebut di telah mengesan dia mengandung kembar parasit dalam perutnya.

Kanak-kanak lelaki itu, Xaio Feng, dibawa ke hospital selepas perutnya membesar dan mula mengalami masalah pernafasan.

Sebaik sahaja x-ray dan MRI dijalankan, doktor mendapati perutnya mengandungi janin yang tidak menjadi, iaitu kembarnya sendiri, menyebabkan dia terpaksa menjalani pembedahan dengan segera.

Doktor berjaya mengeluarkan janin berukur 20 sentimeter dan janin itu mempunyai mempunyai jari dan kaki serta hampir sempurna.

Kembar parasitnya itu telah membesar dalam perut Feng, dengan menguasai kira-kira dua pertiga daripada perutnya.

Kembar terbentuk apabila telur berpecah dua ketika proses pembiakan namun dalam kes ini, telur tersebut gagal berpecah dengan sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment