Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday 28 November 2013

Perempuan Kejam Buang Bayi Dalam Lubang Tandas



Port Dickson: Seorang remaja perempuan bukan saja bertindak kejam dengan membuang bayi dipercayai baru dilahirkannya ke dalam lubang tandas, malah cuba melemaskan insan kecil itu dengan membuka paip air dalam kejadian di Dataran Sri Kemang.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, suspek dikatakan bersahaja keluar dari tandas awam dan sempat menoleh ke arah penjaga tandas yang menegurnya sama ada dia dalam haid selepas melihat seluarnya berdarah.

Mujur seorang wanita yang menggunakan tandas bersebelahan menyedari kejadian itu selepas melakukan pemeriksaan sejurus mendengar tangisan bayi berkenaan.

Wanita itu kemudian memaklumkan penemuan bayi berkenaan kepada suaminya sebelum mereka membuat laporan polis. hm

No comments:

Post a Comment