Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Sunday 17 November 2013

(Video) 1,000 Banduan Filipina Cetus Fenomena Menari Tarian Gangnam Style!

Manila – Banduan Filipina yang menjadi terkenal kerana meniru gaya tarian Michael Jackson kini turut mengalami demam lagu popular penyanyi Korea Selatan, Psy, dengan menunjukkan aksi tarian Gangnam Style.
Video yang dikirim pihak berkuasa penjara di Cebu ke YouTube menunjukkan kira-kira 1,000 banduan berpakaian seragam jingga melakukan aksi tarian menunggang kuda itu yang dipopularkan penyanyi rap Korea Selatan, Psy.
Tiru gaya Psy
Penari utama di tengah memakai baju hitam dan meniru Psy yang kemunculannya baru-baru ini di anugerah MTV di Los Angeles dan rancangan bual bicara Amerika meletakkan lagu itu dalam senarai 10 carta lagu paling popular.
Banduan membuat persembahan itu untuk tontonan pelawat ke Pusat Tahanan dan Pemulihan Cebu meskipun keadaan ketika itu hujan lebat dan klip empat minit itu dimuat naik ke YouTube kelmarin.
Televisyen GMA melaporkan, lebih 1,000 pelawat menyaksikan tarian itu, persembahan pertama banduan sejak Februari lalu apabila pihak berkuasa menghentikan sebarang bentuk pertunjukan disebabkan keganasan di penjara.
Tarian zombie
Banduan terbabit menjadi sensasi internet pada 2007 selepas pihak berkuasa penjara menyiarkan rakaman mereka melakukan tarian zombie dari muzik video Thriller nyanyian Jackson, yang menarik lebih 42 juta tontonan.
Berbeza dengan lagu Jackson itu, banduan penjara itu berlatih hanya tiga hari untuk mempersembahkan Gangnam Style.
Pelancong Belgium yang masuk ke penjara itu bersama pelawat asing lain, Rudy Freemont, memuji persembahan banduan itu. – AFP/Agensi

No comments:

Post a Comment