Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 2 November 2013

Video: Pemandu Kereta Disamun Dekat Solaris, Mont Kiara

JENAYAH boleh berlaku secara tiba-tiba dan tidak diduga.
Video di bawah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook mengenai satu kejadian samun bermotorsikal berhampiran kawasan Solaris, Mont Kiara, Kuala Lumpur.
Kejadian tersebut berlaku baru-baru ini ketika jam menunjukkan pukul 12.05 minit tengah malam.
Lihat pada minit ke 1:26, sebuah motorsikal yang dinaiki dua lelaki tidak dikenali tiba-tiba menghimpit sebuah kereta sebelum berkali-kali cuba memecahkan cermin di bahagian tempat duduk hadapan.
Kejadian berlaku dekat lampu isyarat.
Nasib baik pemandunya cepat-cepat mengalihkan kenderaannya.
Tidak diketahui sama ada pelaku dapat melarikan barang berharga di dalam kereta tersebut atau tidak.
Yang pasti, kejadian yang berlaku dalam tempoh 15 saat ini boleh juga berlaku pada kita.
Justeru, elakkan meletakkan barangan berharga seperti telefon bimbit, gajet, beg tangan atau apa saja yang mengundang perhatian penjenayah.

No comments:

Post a Comment