Setelah menyimpan seribu satu tanda tanya mengenai status sah anak yang dilahirkan aktres terkenal, Norish Karman, akhirnya dia mengaku bahawa gambar yang tersebar itu adalah miliknya.
Dipetik dari laporan Utusan Malaysia, Norish Karman atau lebih dikenali dengan panggilan NK, mengesahkan bahawa penafian yang dilakukan sebelum ini adalah untuk berselindung dari perihal peribadinya.
NK Selamat melahirkan anak lelaki yang diberi nama Haq Lutfie Alexander pada 24 September 2011 yang lalu di sebuah Hospital Swasta di Subang.
“Sebetulnya sebelum penyebaran gambar tersebut di Internet, saya tidak mahu menghebahkannya kepada pengetahuan umum terutamanya media kerana tidak mahu orang bercakap mengenai perihal peribadi saya.”
“Selepas penyebaran tersebut, saya seakan lega pula kerana tidak lagi perlu berselindung.”
“Selepas penyebaran tersebut, saya seakan lega pula kerana tidak lagi perlu berselindung.”
Apabila ditanya mengenai status sebenar anaknya itu, Norish Karman tidak mahu mengulas lanjut dan menyifatkan semua itu adalah hak peribadinya. Dia turut menegaskan bahawa setiap apa yang terjadi adalah urusannya dengan yang Maha Esa.
“Jika ada yang mempertikaikan siapa bapa dan bagaimana boleh terjadi, ianya adalah urusan diantara saya dan juga Tuhan.”
Walaubagaimanapun, NK turut memberitahu setelah mengetahui dirinya mengandung pihak hospital ada menyarankan dia menggugurkan kandungan namun dia menolak.
“Saya tahu perasaan seorang yang telah bergelar Ibu. Saya telah berfikir masak-masak dan mengambil keputusan untuk melahirkan dan menjaga bayi yang dikandungkannya ini.”
Sudah bersedia untuk menerima apa sahaja kesan yang mendatang, Norish Karman tidak mahu lagi mengingati sejarah ini.
Bagi mereka yang agak samar-samar mengenai kisah NK ini, ianya bermula apabila sebuah blog hiburan tempatan telah menyebarkan gambar NK berada di hospital bersalin sejurus selepas selamat melahirkan seorang bayi yang menjadi tanda tanya kepada semua peminat setia pelakon yang popular dengan drama bersiri “Spa Q” ini.
Namun apabila didekati, NK seperti tidak mahu mengaku gambar yang disebarkan itu adalah miliknya sehinggalah pihak media mendapatkan kenyataan sahih dari empunya badan sendiri.
Berbalik semula kepada kenyataan rasminya, dia mahu fokus dengan kehidupan baru sebagai ibu tunggal bersama Haq dan tiga lagi anaknya bersama bekas suami terdahulu, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir iaitu Haqiem Amany, Muhammad Hady Amieran dan Nur Hanyz Amanda.
No comments:
Post a Comment