Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 25 September 2013

Bakar Diri Kerana Ibu Tidak Mampu Beli Baju Seragam


Hanya kerana keluarganya tidak mampu membelikannya pakaian seragam sekolah, seorang remaja berusia 13 tahun meninggal dunia selepas dia membakar diri di Shabqadar.
Kamran Khan, yang merupakan pelajar cemerlang di sekolahnya telah menyimbah badannya dengan minyak tanah sebelum menyalakan api, selepas dia bertengkar dengan ibunya berhubung baju seragam baru.
Dia mengalami kecederaan parah dengan 50 peratus bahagian badannya terbakar.
Kamran meninggal dunia lima hari selepas dirawat di hospital tentera.
Kemiskinan keluarganya memaksa mereka meminta belas ihsan penduduk kampung untuk membayar kos rawatan berkenaan.
Dalam pada itu, abangnya Salem berkata, Kamran begitu terdesak untuk mendapatkan pakaian seragam tersebut.
“Ibu saya adalah mangsa kepada kemiskinan. Ibu memintanya supaya bersabar, namun dia menjadi emosi dan membakar diri, ” kata Saleem yang berusia 16 tahun.
Bapa mereka telah merantau ke Arab Saudi tiga bulan lalu untuk mencari kerja, namun sehingga kini masih gagal mendapatkan pekerjaan, menyebabkannya tidak mampu menghantar wang ke kampung.
Sementara itu, pengetua sekolah di mana Kamran belajar, Zakir Hussein, menyifatkan Kamran sebagai pelajar yang sangat pintar.

No comments:

Post a Comment