Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 25 September 2013

Dua Nyaris Maut Pam Minyak Meletup Di Cheras


Dua pemandu yang sedang mengisi minyak kenderaan nyaris maut apabila satu pam minyak meletup di sebuah stesen minyak di Jalan Cheras, malam tadi.
Kedua-dua lelaki terbabit yang masing-masing memandu kereta Citreon dan Perodua Myvi sedang mengisi minyak secara sebelah menyebelah di satu pam di situ apabila sebuah pam minyak berdekatan mereka tiba-tiba meletup kira-kira jam 10.30 malam.
Bagaimanapun, mereka terselamat daripada disambar api apabila dihalang kenderaan masing-masing tetapi kedua-dua kenderaan rosak teruk.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata tiga jentera dari Balai Bomba Jalan Tun Razak, Hang Tuah dan Pudu bersama Unit Bermotosikal (RIM) dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat.
“Ketika pihak bomba tiba, api sudah dipadamkan oleh pekerja dan orang awam yang berada di tempat kejadian dan sehingga kini Jabatan Forensik Bomba sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian berkenaan.
“Kita tidak menolak kemungkinan letupan berpunca daripada puntung rokok atau penggunaan telefon bimbit namun siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi BH semalam.


No comments:

Post a Comment