Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 25 September 2013

Restoran Hidang ‘Ayam’ Cina Kena Serbu


Pernah beberapa kali diserbu, tetapi sebuah restoran yang menawarkan khidmat gadis gebu pelayan pelanggan (GRO) terus menjalankan operasi sebelum diserbu lagi, malam kelmarin.
Malah, GRO berkenaan yang mendapat komisen lumayan jika mampu membuatkan lelaki hidung belang membelanja mereka minuman keras di restoran itu turut boleh dibawa pulang untuk menjadi teman tidur jika kena dengan bayarannya.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, dalam operasi bersepadu Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi jam 11.30 malam itu menahan enam wanita warga China berusia 20-an.
“Ketika serbuan, wanita terbabit sibuk melayan dan menemani pelanggan.
“Hasil pemeriksaan ke atas enam wanita terbabit, tiga daripada mereka memiliki pasport manakala tiga lagi tidak memiliki dokumen perjalanan sah,” katanya.

No comments:

Post a Comment