Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday, 19 September 2013

Isteri Lari Dek ‘Gajah Berahi’


Jeling anak, belai emak. Itu yang berlaku terhadap seorang wanita apabila dia dipercayai ‘dikenakan’ rakan sekerja suaminya menggunakan minyak pengasih di Kampung Sungai Buaya, Banting.
Difahamkan, mangsa, Ruzaiti Kamis, 36, tidak pulang ke rumah sejak 7 Januari lalu dipercayai terkena penangan minyak gajah berahi hingga sanggup mengikut lelaki berusia 33 tahun itu dan meninggalkan tiga anaknya berusia empat, 11 dan 12 tahun.
Menurut suaminya, Maizi Salleh, 38, kejadian bermula apabila dia selalu mendapat tugasan luar, ke serata negeri dan sering meminta rakannya itu menjenguk anak dan isterinya di rumah.
Bagaimanapun, rakan yang disangka baik rupanya gunting dalam lipatan apabila lelaki terbabit melarikan isterinya dan memisahkan Ruzaiti dengan tiga anaknya.
Lebih malang, Maizi turut menemui lebih lima botol minyak wangi dalam beg sandang isterinya dipercayai minyak pengasih berdasarkan objek pelik serta maklumat pengamal perubatan yang diperoleh.

No comments:

Post a Comment