Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 2 October 2013

Adnan Nafi Projek “Spiritual Tourism” Di Gambang

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob menafikan terdapat usaha untuk pembangunan projek ‘Spiritual Tourism’ di kawasan Gambang.
Beliau bagaimanapun, mengakui kerajaan negeri ada meluluskan tanah seluas 100 hektar kepada sebuah syarikat perumahan bagi pembangunan projek bercampur di kawasan berkenaan.

“Saya nak bagi tahu bahawa projek ini (spritual tourism) tidak pernah dibincangkan dan tidak akan dibuat di Pahang.
    
“Apa yang telah ditimbulkan selama ini, hanyalah merupakan satu langkah penipuan dan saya juga difahamkan terdapat usaha mengutip duit bagi tujuan itu,” katanya.
Beliau berkata, laporan polis berhubung perkara itu telah dibuat dan siasatan terperinci akan dijalankan.

No comments:

Post a Comment