Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 2 October 2013

Murid Lakukan Seks Oral Selepas Tonton Video Lucah


Akhbar The Star melaporkan, dua orang adik beradik yang mana masing-masing di tahun empat dan tahun dua telah didakwa memaksa soerang pelajar perempuan tahun satu untuk lakukan seks oral selepas kedua-dua mereka menonton filem lucah di komputer sekolah.
Menurut laporan tersebut, si abangnya telah menonton filem lucah tersebut di makmal komputer sekola dan kemudiannya menjemput budak perempuan tersebut ke rumah mereka di Tanjung Minyak Utama untuk melakonkan semula apa yang telah ditonton.
Ibu budak perempuan tersebut, 25, kemudian telah membuat laporan polis setelah diberitahu oleh anaknya.
Dalam laporannya, si ibu telah mendakwa pasangan adik beradik lelaki itu telah ‘menggoda’ anak perempuannya dengan menghantar SMS mengatakan mahu menolongnya membuat kerja sekolah.
Sumber memberitahu The Star, budak lelaki tersebut berjaya menonton filem lucah di laman web yang tidak dapat ditapis oleh perisian yang tersedia.
Pegerusi Malacca Action Group for Parents (Magpie), Mak Chee Kin menggesa Jabatan Pelajaran Negeri supaya melakukan siasatan segera ke atas kejadian yang mengejutkan ini.
“Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) patut menyiasat sama ada murid-murid di sekolah menonton bahan-bahan lucah atau tidak,” katanya dan menambah pihak sekolah harus memasang perisian yang dapat menghalang daripada murid-murid dari terus melayari web-web tidak senonoh.
“Magpie mendapat aduan ada sekolah yang tidak tegas dalam perkara ini.”
Magpie juga berkata murid-murid zaman sekarang sangat bijak hingga dapat menembusi sekatan dalam internet, tetapi tambahnya, pihak sekolah boleh memasang perisian yang secara automatik memaklumkan kepada guru jika perkara di atas berulang.

No comments:

Post a Comment