Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 2 October 2013

Empat Artis Lelaki Ditaja Tonton Kelab Cardiff City vs Man United


Empat artis lelaki terkenal iaitu Fizo Omar, Fahrin Ahmad, Fizz Fairuz dan Iqram Dinzly telah dipilih untuk menyaksikan perlawanan Liga Inggeris di antara kelab Cardiff City menentang Manchester United (MU) di Cardiff, Wales, United Kingdom pada 25 November depan.
Pengarah Urusan Rafflesia The Pearl Centre, Winnie Sin, berkata, pihaknya akan menaja empat artis tersebut sepanjang lima hari berada di negara itu bagi membolehkan mereka mengenali pasukan yang dimiliki oleh ahli perniagaan terkenal Malaysia, Tan Sri Vincent Tan.
“Program ini adalah sebagai tanda sokongan kami kepada Kelab Cardiff City yang semakin kukuh namanya di Liga Inggeris.
“Selain berpeluang menyaksikan perlawanan di Stadium Cardiff City rombongan juga berpeluang bertemu dengan pemain-pemain selain melawat di beberapa kawasan menarik di sana,” katanya.
Selain empat selebriti tersebut dan Vincent Tan, turut hadir pada majlis itu adalah pereka kasut terkenal, Datuk Jimmy Choo.
Rombongan akan berangkat ke Cardiff City pada 20 sehingga 26 November depan.
Dalam perkembangan sama, Winnie berkata, pemilihan keempat-empat selebriti itu adalah berdasarkan populariti mereka dan impak yang dapat diberikan kepada peminat masing-masing.
Jelas Winnie, sepanjang berada di sana, kesemua selebriti akan melakukan “live update” di laman sosial mereka seperti Facebook, Twitter dan Instagram tentang pengalaman dan sewaktu menyaksikan perlawanan bola sepak kelab itu.
“Secara keseluruhannya mereka mempunyai 1.5 juta peminat yang mengikuti mereka di Twitter dan status mereka di laman sosial dapat memberikan input tentang Cardiff City kepada peminat mereka,” jelasnya.
Dalam pada itu, Vincent berkata, pengaruh yang ada pada selebriti akan memperluaskan lagi nama kelab tersebut di kalangan rakyat Malaysia.
Beliau juga bangga dengan semangat dan usaha yang dibuat oleh pihak Rafflesia dan keempat-empat selebriti terlibat dalam memberi sokongan kepada kelab itu.
Sementara itu, Fahrin ketika ditemui berkata, walaupun bukan peminat tegar kelab tersebut namun dia merasakan tidak salah untuk menyokong pasukan berkenaan kerana berpeluang membawa nama Malaysia.
“Dulu Cardiff City hanya main untuk liga-liga biasa namun sekarang mereka telah memasuki liga Inggeris dan pencapaian itu sangat besar.
“Inisiatif dari Rafflesia untuk membawa kami ke sana bagi merasai sendiri kehangatan perlawanan bola sepak itu merupakan satu pengalaman berharga,” katanya.

No comments:

Post a Comment