Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 2 November 2013

Sadis ! Kanak-Kanak Ini Kehilangan Wajah Dalam Kebakaran

Luka akibat dari kebakaran  membuat wajah kanak-kanak berasal dari China nampak mengerikan . Ia digelar kanak-kanak ' tanpa wajah ' kerana mukanya rata seperti memakai topeng, ibubapanya tidak mempunyai wang untuk untuk melakukan pembedahan plastik.

Bila melihat wajah Wang Xiaopeng ( 6 tahun) berasal dari Wilayah Ningxia , China, anda mungkin akan sangka ia mengenakan topeng . Luka kebakaran yang mengerikan membuat kanak-kanak ini tidak mempunyai rambut , bibir , kelopak mata , jari tangan dan kaki, akibat kemalangan pada Novemver 2010 .

Kesan  dari kecederaan itu membuat sukar bagi Xiaopeng untuk melakukan aktiviti, kerana semua jari- jarinya pun terpaksa dipotong. Bekas luka kebakaran itu juga membuatkan wajahnya rosak dan ibu bapa hanya mampu membayar selama tiga bulan untuk rawatan putera kesayangan mereka tersebut . Untuk membayar semua itu, mereka harus menghabiskan wang simpanan  dan menjual rumah serta tanah untuk membiayai kos rawatan yang mencecah 150,000 yuan .
Ayahnya Wang Yougiu (32 tahun) hanya memperolehi pendapatan 2,000 yuan  setiap bulan sebagai petani , sementara ibunya Zhengwei Xiu (30 tahun) adalah suri rumah tangga.

" Kami tahu anak yang lebih muda akan mendapatkan hasil cantuman kulit dan pembedahan kosmetik yang lebih baik. Tapi kami tidak ada wang," jelas ayahnya, Yougiu , seperti disiarkan Dailymail .

Xiaopeng kini hanya tinggal di rumah kerana rakan-rakan sekolahnya  takut melihat penampilan Xiaopeng . Tentu saja hal ini membuat hati ibubapanya remuk .

" Melihat anak saya seperti ini sangat menyakitkan. Ditambah lagi Xiaopeng akan semakin menderita di musim panas, ketika panas dan nyamuk membuat kulitnya yang sensitif semakin terasa sakit, " lanjut ayahnya. 

Keluarga meminta para dermawan tempatan untuk membantu mereka kerana diperlukan 300,000 yuan untuk membayar tiga pembedahan yang membantu Xiaopeng bernafas dan memperbaiki penampilannya.

No comments:

Post a Comment