Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Friday, 20 September 2013

Aril AF7 Jadi Deejay Bukan Sebab Tidak Laku


Penyanyi Aril menafikan menerima tawaran sebagai penyampai radio di Astro secara sepenuh masa berikutan kurang mendapat perhatian dalam bidang nyanyian.
Aril atau nama sebenar Khairil Azam Pilus, 28, berkata, dia menggunakan peluang menjadi deejay sepenuh masa bagi mencabar dirinya bergelar seorang artis yang lebih versatil.
“Saya masih lagi aktif dan menerima tawaran dalam bidang nyanyian jika tidak bertindan dengan waktu di studio radio, iaitu daripada pukul 8 malam hingga 12 tengah malam.
“Selain nyanyian, saya juga aktif sebagai pelakon dan mengacara program. Saya terima tawaran sebagai deejay kerana mahu menjadi seorang artis yang boleh buat semua bidang,” katanya.
Aril menandatangani kontrak bersama stesen radio Era FM selama setahun sejak akhir tahun lalu.
Dalam pada itu, Aril mengakui bersedia berhadapan dengan risiko sekiranya lagu-lagu nyanyiannya tidak diputarkan di stesen radio swasta lain.
“Perkara itu telah dibincangkan dengan pihak pengurusan dan saya memang kecewa mengapa ia terjadi dalam industri negara kita yang kecil ini.
“Ia tidak harus terjadi kerana ia membunuh kerjaya seseorang artis jika tidak mendapat sokongan daripada stesen radio lain. Saya harap mentaliti ini dihapuskan,” katanya.
Kata Aril, dia tidak pernah memilih dan memutarkan lagu-lagu sendiri ketika bersiaran walaupun ia adalah kelebihan kepada sebagai penyampai radio tersebut.
“Sejak bertugas sebagai deejay sekalipun saya tidak pernah pilih untuk putarkan lagu sendiri.
“Senarai lagu yang saya mainkan di radio pada setiap malam dipilih oleh seorang eksekutif muzik yang memang bertanggungjawab atas pemilihan lagu dan berdasarkan permintaan pendengar,” katanya.

No comments:

Post a Comment