Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday, 4 September 2013

Awi Rafael Minta Tidak Dikaitkan Dengan Sasha Saidin


Penyanyi Awi Rafael menganggap hubungannya dengan penyanyi dan pelakon Sasha Saidin, 36, hanya sebagai rakan artis dan meminta tidak dikaitkan dengan pelakon itu sebagai pasangan kekasih.
Awi, 27, berkata, dia hanya menjadikan wanita tersebut sebagai individu untuk bertukar pandangan khususnya bagaimanakah Sasha menubuhkan kumpulan Elite yang pernah dianggotainya suatu ketika dahulu.
“Saya dan Sasha hanya kawan sahaja, memang kami ada keluar bersama kerana saya ingin minta pendapat dia tentang projek menubuhkan kumpulan wanita seperti kumpulan Elite dulu.
“Lagi pula saya belum bersedia untuk bercinta lagi. Saya pun baru putus cinta dengan Hanez Suraya sebab tidak mampu beri komitmen dengan cinta,” katanya kepada mStar Online.
Sasha Saidin
Awi berkata demikian ketika diminta mengulas tentang hubungan cintanya dengan pelakon Sasha Saidin yang juga bekas anggota kumpulan Elite.
Tambah Awi, Sasha banyak memberi pandangannya tentang projek bagaimana dia terlibat menubuhkan kumpulan berkenaan
“Sasha banyak pengalaman bagaimana kumpulan artis wanita dapat berperanan dalam memeriahkan dunia hiburan.
“Sekarang ini kita tiada kumpulan wanita macam Elite dan Feminin dan saya lihat di Korea trend itu sudah kembali,” katanya.
Ditanya tentang kenyataan Sasha dalam sebuah akhbar tempatan yang mengiakan hubungan mereka, Awi berkata, ia mungkin disilap tafsir.
“Dia ada beritahu saya tentang kenyataannya di dalam akhbar baru-baru ini, dia menjelaskan perkara tersebut.
“Mungkin ianya disilap tafsir. Secara jujurnya siapalah saya ini, dia boleh bercinta dengan orang yang lebih kaya dan lebih bagus dari saya,” katanya.

No comments:

Post a Comment