Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday 17 September 2013

Bapa Mengalah Setuju Kebumi Anak Selepas 2 Bulan


Selepas genap 60 hari, jenazah pemuda mati tersepit ditingkap akhirnya dituntut bapanya, Mohd Damanhuri Mohd Fuat, 50, di Unit Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pagi tadi.
Jenazah Sherul Aizam, 27, dituntut kira-kira jam 11 pagi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gurap, Jalan Kuala Kangsar selepas solat Zohor.
Mohd Damanhuri menegaskan bahawa tuntutan jenazah terbabit bukan desakan dari mana-mana pihak.
Sebelum ini, mayat Sherul Aizam enggan dikebumikan bapanya kerana mahukan bedah siasat kedua dijalankan ke atas anaknya kerana tidak berpuas hati dengan keputusan bedah siasat pertama.

No comments:

Post a Comment