Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday 3 September 2013

BMW Langgar Lari Penunggang Motosikal


Inilah akibatnya jika masuk simpang tidak melihat kiri kanan terlebih dahulu. Video di bawah ini menunjukkan situasi di mana sebuah kereta mewah BMW putih yang ingin memasuki simpang kiri tetapi tidak menyedari sebuah motosikal dari arah kanannya yang sedang memandu laju.
Lalu bertembunglah kedua-dua kenderaan itu di tengah jalan raya. Akibat rempuhan, penunggang motosikal itu terjatuh terduduk di atas jalan.
Kejadian itu dipercayai berlaku petang semalam di jalan utama berhampiran Pusat Membeli Belah KL Festival City. Namun apa yang lebih dikesalkan ialah pemandu kereta mewah itu terus sahaja berjalan selepas insiden itu seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Buat pemandu di luar sana, sentiasalah berhati-hati demi keselamatan anda dan juga pengguna jalan raya yang lain. Jangan memandu sesuka hati macam jalan itu kita yang punya ya!



No comments:

Post a Comment