Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Sunday 8 September 2013

DAP Cabar Tanda Putera Bertanding Festival Filem


Ahli Parlimen DAP Segambut mencabar Pengarah filem Tanda Putera, Datin Paduka Shuhaimi Baba dan Perbadanan Filem Nasional (Finas) mencalonkan filem itu dalam festival filem antarabangsa.
Lim Lip Eng membayangkan tiada mana-mana juri perfileman bertaraf antarabangsa akan memberi sebarang undi kepada filem itu untuk memperoleh sebarang anugerah.
“Saya cabar Finas dan Shuhaimi untuk mencalonkan filem Tanda Putera dalam mana-mana festival filem antarabangsa.
“Kita mahu lihat sekiranya ada juri asing yang akan beri undi kepada filem Tanda Putera untuk memenangi sebarang anugerah,” dakwanya melalui satu kenyataan media.
Lip Eng seterusnya mendakwa, filem Tanda Putera menelan kos pembayar cukai sebanyak RM4.8 juta berdasarkan fakta sejarah.
Justeru, dakwanya, filem tersebut perlu tepat dan sebarang peristiwa yang tidak berlaku tidak boleh diketengahkan dalam filem berkenaan.
Dakwanya, Shuhaimi tidak boleh menggunakan ‘lesen kreatif’ sebagai alasan untuk memasukkan adegan khayalan ke dalam jalan cerita berkenaan kerana ini sebuah filem sejarah dan bukan genre fantasi.
Sehubungan itu beliau mengulangi gesaan supaya filem itu dicalonkan dalam mana-mana festival filem antarabangsa untuk melihat sama ada filem berkenaan boleh membanggakan negara.

No comments:

Post a Comment