Dalam hidup kita, tidak semestinya kita mampu atau pernah pergi ke satu-satu tempat atau pusat membeli-belah.
Mungkin faktor kita tinggal jauh dari tempat itu atau pun mempunyai masalah kewangan membataskan kemampuan kita untuk mengunjungi lokasi tersebut.
Seperti penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza tidak pernah pergi ke Plaza Low Yat, Jalan Bukit Bintang selama hidupnya.
Umum mengetahui yang Plaza Low Yat adalah tempat atau pun syurga barangan elektrik yang disediakan untuk penggemar gajet-gajet canggih.
Sebut sahaja gajet apa yang kita inginkan, boleh sahaja kita dapati di sana.
Jadi, pada hari Jumaat lepas, Siti telah mencipta ‘sejarah’ dalam hidupnya apabila pertama kali menjejakkan kakinya ke lubuk gajet itu.
Agak pelik juga buat artis sehebat Siti untuk tidak mengunjungi Plaza Low Yat sebelum ini.
Tetapi, seperti kami beritahu di awal tadi, mungkin Siti mempunyai keterbatasan waktu untuk menjengah sebentar ke Plaza Low Yat.
Tak gitu?
No comments:
Post a Comment