Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday, 18 September 2013

Didie Alias Akhirnya Malu Pada Diri Sendiri


Pelakon Didie Alias mengambil langkah untuk mengurangkan sedikit imej pelik yang sering ditampilkannya sebelum ini kerana menghormati empat anak perempuannya yang sudah bertudung. 

Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 40, berkata, sebagai ibu, dia perlu menjaga penampilan diri dan tidak terlalu berlebih-lebih kerana enggan anak-anaknya pula terkena tempias kritikan masyarakat. 

"Sekarang ini anak-anak perempuan saya semua sudah berhijab. Dan saya sebagai ibu tidak mahulah melihat mereka dikritik hanya kerana penampilan saya. 

"Bagaimanapun unsur-unsur pelik masih lagi ada, cuma ia tidaklah keterlaluan seperti sebelum ini. Dan fesyen yang dibawakan mengikut kesesuaian tema majlis," katanya kepada mStar Online. 

Didie mempunyai lima orang anak termasuk seorang anak lelaki iaitu Nur Dania, 20, Muhammad Danial, 19, Nur Dinie, 17, Nur Danie, 15 dan Nur Diana, 14. 

Tambah Didie, perubahan imejnya juga dibuat berdasarkan komen-komen umum di laman sosial dan akan menukarkannya jika ada gaya yang kurang disenangi masyarakat. 

Bagaimanapun, dalam usaha Didie memperbaiki gaya penampilannya, dia bersedia menerima kritikan.

No comments:

Post a Comment