Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Sunday 15 September 2013

Fouziah Gous & Zhafran Bakal Bernikah 21 September Ini


Tiga bulan mengikat tali pertunangan, akhirnya Fouziah Gous dan Zhafran telah pun mengumumkan hari pernikahan mereka pada Jumaat yang lalu. Bakal pengantin ini telah sepakat untuk memilih 21 September (Sabtu depan) di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam kira-kira jam 8 malam.
Selepas itu, pada 29 September, majlis sebelah pengantin perempuan akan diadakan di Hotel Marriot Putrajaya. Majlis sebelah lelaki pula akan diadakan pada minggu seterusnya (5 Oktober) bertempat di kediaman keluarga pengantin lelaki di Bukit Jelutong, Shah Alam.
Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Fouziah Gous dan Zhafran. Patutlah nampak makin berseri-seri sejak kebelakangan ini. Semoga majlis yang bakal dilangsungkan akan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Selamat menempuh alam perkahwinan. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

No comments:

Post a Comment