Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday, 3 September 2013

Gadis Kecewa Gagal Dapat Kerja Kerana Bertudung


Seorang pelajar Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) semalam berkongsi status berkenaan kekecewaannya yang mahu mencari kerja sambilan sementara menunggu kursus KPLInya bermula.
Kenapa si gadis kecewa? Semuanya kerana beberapa lokasi meminta pekerjaan menafikan haknya untuk bekerja kerana dia bertudung atau memakai hijab.
Menurutnya, semalam gadis itu Mira Kamil berkata beliau keluar mencari pekerjaan sementara di pusat membeli-belah KLCC dan dia beliau menerima jawapan yang cukup mengejutkan.
Dalam statusnya beliau berkata kedai barangan sukan Nike berkata “Kita memang nak pakai orang, tapi tak nak yang pakai tudung,”
Kemudian di kedai Topshop pula mereka berkata “Sorry, pakai tudung tak boleh kerja sini,”
Si Mira ni kemudian menjengah ke kedai Esprit dan pertanyaan mencari pekerjaan disambut dengan gelak ketawa oleh pekerja di sana dan berkata “We don’t hire hijab people,”
Akhir sekali Mira berkongsi jawapan pihak kedai Isetan yang berkata “Selalunya kita tak ambil orang pakai tudung kerja dengan kita,” menurut status Facebook Mira semalam.


“Saya sudah tinggal di United Kingdom lebih dari empat tahun dan sudah menjelajah banyak lokasi di Eropah dan juga di Atlantik Utara tetpi beliau tidak pernah berasa sedih memakai hijab. Tetapi kini saya dimalukan di negara sendiri kerana menutup rambut yang juga aurat saya,”
“Merdeka?? Benarkah?? Betapa jelas ini bukan sebuah negara Islam, di UK tidaklah seteruk ini, saya terlalu kecewa,” katanya di statusnya.
Status berkenaan sudah dikongsi di laman Facebook sebanyak 6,243 kali dan 125 sudah klik “Like” pada status itu dengan mendapat 43 komen.


No comments:

Post a Comment